Tumpuan :
Dunia

Kediaman Presiden & PM Republik Demokratik Congo diserang, cubaan rampasan kuasa dipatahkan

 

KINSHASA: Anggota keselamatan Republik Demokratik Congo mematahkan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan lelaki bersenjata di ibu kota Kinshasa.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan bersenjata seramai 50 orang bertindak menceroboh dan menyerang kediaman perdana menteri, menteri pertahanan dan bakal speaker parlimen negara itu pada mulanya.

Tidak lama selepas itu, mereka menceroboh perkarangan Palais de la Nation, bangunan di tengah kota Kinshasa yang menjadi pejabat Presiden Felix Tshisekedi.

Pertempuran kemudiannya tercetus di antara kumpulan bersenjata dan anggota keselamatan di Palais de la Nation.

Dua pengawal keselamatan dan seorang penyerang maut dalam insiden terbabit.

Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi cubaan rampasan kuasa berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini