comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran Maui adalah malapetaka – mangsa

FOTO: Saluran Cuaca Hawaii

HAWAII: Mangsa kebakaran Maui yang terselamat, menyifatkan tragedi itu sebagai satu malapetaka setelah kediamannya turut musnah 100%.

Bagaimanapun Nina bersyukur dan menganggap dirinya bertuah kerana berjaya menyelamatkan diri.

Dia yang tinggal di pekan paling teruk terjejas, Lahaina, akhirnya pulang untuk melihat kediaman setelah kebakaran sudah padam, hampir seminggu kemudian.

Pada malam kejadian, jirannya menggesa Nisa untuk dia sama-sama meninggalkan kediaman mereka setelah api dilihat merebak pantas.

Pekan bersejarah yang menjadi tarikan utama pelancong itu musnah terbakar sepenuhnya.

Kebakaran yang meragut 93 nyawa pada 8 Ogos itu disemarakkan lagi tiupan angin taufan, menjadi yang terburuk dalam sejarah Amerika bagi tempoh 100 tahun.

Loading...
Terkini