Tumpuan :
Dunia

Kebakaran hutan di utara Argentina memaksa penduduk berpindah

FOTO: Reuters

CORDOBA:  Penduduk di utara Argentina terpaksa dipindahkan susulan kebakaran hutan.

Api yang merebak ke penempatan penduduk turut memusnahkan beberapa struktur bangunan.

Ratusan anggota bomba dikerah bagi mengawal kebakaran.

Usaha mereka bagaimanapun berdepan kesukaran ekoran cuaca panas dan kering.

Keadaan juga memaksa penutupan sebahagian jalan raya.

Agensi Kajian di Brazil mendedahkan lebih 346,000 kebakaran direkodkan tahun ini di kesemua 13 negara Amerika Selatan.

Jumlah tertinggi bulan ini direkodkan di Brazil dan Bolivia diikuti Peru, Argentina dan Paraguay. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini