CHILE: Kebakaran hutan di Valparaiso meragut 46 nyawa dengan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.
Ia adalah kebakaran hutan terburuk di negara itu dalam tempoh sedekad.
Setakat ini masih terdapat 92 lokasi kebakaran aktif di seluruh negara
Menteri Dalam Negeri, CArolina Toha dalam pada itu mengesahkan jumlah kemusnahan membabitkan kira-kira 43,000 hektar tanah
Kebakaran itu didorong oleh gelombang panas dan kemarau yang menjejaskan bahagian selatan Amerika Selatan yang disebabkan fenomena cuaca El Nino. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.