Tumpuan :
Dunia

Kebakaran hutan baharu di LA cetus amaran ‘ancaman kepada nyawa’

Anggota bomba memadam kebakaran di Tasik Castaic, California. FOTO: Reuters

LOS ANGELES: Kebakaran hutan baharu tercetus di utara Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Api yang merebak pantas di kawasan Tasik Castaic memaksa pemindahan penduduk, dengan amaran ‘ancaman kepada nyawa’ dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Kira-kira 19,000 penduduk diarah berpindah.

Kebakaran dikesan tercetus di kira-kira 80 kilometer di utara Los Angeles, membakar kawasan seluas 1,379 hektar.

Kebakaran itu disebabkan angin Santa Ana angin kencang dari gurun dan kawasan kering, mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan itu, membuatkan kebakaran bertambah teruk hasil asap dan bara api.

Pasukan bomba masih dalam usaha memadam kebakaran dan mengumumkan seluruh Taman Negara Angeles di pergunungan San Gabriel itu ditutup kepada pengunjung.

Menurut pihak berkuasa, dua kebakaran besar terdahulu iaitu di Eaton berjaya dikawal 91 peratus, manakala Palisades, 68 peratus.

Sebahagian besar kawasan di selatan California kekal di bawah amaran ‘bendera merah’ akibat risiko kebakaran melampau disebabkan angin kencang dan cuaca kering.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini