Tumpuan :
Dunia

Kebakaran hotel di Thailand ragut 3 nyawa, 7 cedera

BANGKOK: Tiga maut manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hotel di Bangkok, menurut Jabatan Bomba pada Isnin, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku di sebuah hotel enam tingkat berhampiran kawasan tumpuan pelancong Khao San Road sekitar 9.21 malam waktu tempatan (1421 GMT) pada Ahad.

Api dipercayai bermula dari sebuah bilik di tingkat lima, menyebabkan seorang wanita warga asing maut di tempat kejadian.

Dua lelaki warga asing pula meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Selain itu, tujuh individu yang cedera termasuk dua lelaki warga tempatan dan lima warga asing, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, menurut laporan Jabatan Bomba.

Hotel terbabit diarahkan tutup, sementara siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.

— BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini