Tumpuan :
Dunia

Kebakaran di Los Angeles ragut 10 nyawa, hampir 10,000 struktur bangunan musnah

LOS ANGELES: Angka korban akibat kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 10 orang.

Kebakaran terburuk dalam sejarah di Los Angeles itu telah memusnahkan lebih 13,750 hektar tanah.

Hampir 10,000 kediaman dan struktur bangunan lain musnah dalam kebakaran di sebelah barat dan timur wilayah itu.

Setakat ini kira-kira 180,000 penduduk terpaksa berpindah manakala 200,000 lagi telah diberi amaran untuk berbuat demikian.

Usaha memadam kebakaran juga berdepan kesukaran ekoran angin kencang dan kekurangan bekalan air oleh pihak bomba.

Sementara itu, pihak berkuasa dalam sidang media khas menjangkakan angka korban akan terus meningkat.

Tragedi kebakaran itu juga menyebabkan kerugian dengan anggaran antara AS$135 hingga AS$150 juta.

Datuk Bandar Los Angeles dalam pada itu menerima kritikan daripada Presiden terpilih AS, Donald Trump berhubung cara kendaliannya dalam situasi bencana kali ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini