Tumpuan :
Dunia

Kebakaran asrama di New Zealand: Polis tidak tolak kemungkinan angkara khianat 

FOTO: REUTERS

WELLINGTON: Perkembangan siasatan kes kebakaran asrama di New Zealand yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa menyaksikan pihak berkuasa negara itu tidak menolak kemungkinan insiden berlaku disebabkan angkara khianat.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Kebakaran asrama yang mempunyai 92 bilik itu memusnahkan sebahagian besar struktur bangunan terbabit yang terletak di Loafers Lodge, Newtown.

Setakat ini belum ada angka sebenar penghuni asrama berkenaan dan jumlah individu yang berada di dalamnya sewaktu kebakaran.

Dalam kejadian pada awal pagi semalam, kebakaran dipercayai tercetus daripada bahagian tingkat atas bangunan asrama terbabit sebelum merebak ke bahagian bilik asrama itu.

Asrama terbabit sebelum ini digunakan sebagai penempatan kepada pekerja pembinaan, kakitangan hospital dan individu yang berdepan hukuman melaksanakan khidmat komuniti. – REUTERS

Loading...
Terkini