
BRAZIL: Kebakaran Amazon di Brazil sepanjang Ogos lalu yang terburuk direkodkan sejak 2010.
Data menunjukkan keadaan itu mengatasi kemusnahan pada Ogos 2019, sekaligus menarik perhatian global sejurus selepas Presiden, Jair Bolsonaro mentadbir kerajaan.
Agensi Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) mencatatkan 31, 513 amaran kebakaran di Amazon melalui satelit dalam tempoh 30 hari bulan itu.
Bagaimanapun 45,018 kebakaran tercetus untuk tempoh sepanjang Ogos.
Meskipun berbaki sehari sahaja menuju penamat bulan berkenaan, kadar kebakaran menunjukkan peningkatan 12.3% berbanding Ogos 2021 dengan kira-kira 20% melebihi kadar purata sejak 1998.
Sementara itu, bekas pemimpin berhaluan kiri, Luiz Inacio Lula Da Silva berikrar akan mempergiat pelbagai usaha melindungi Amazon.
Ia secara tidak langsung mengancam kedudukan Bolsonaro yang dilihat lemah dalam menangangi krisis penebangan hutan yang berleluasa sehingga mencecah paras tertinggi.
Data utama berkaitan kegiatan penebangan hutan Amazon untuk tujuh bulan pertama tahun ini menjangkau kawasan seluas tujuh kali ganda kota New York.