ABAI: Seluruh Kazakhstan berkabung susulan 14 anggota bombanya yang maut dalam usaha memadam kebakaran di timur negara.
Bendera dikibarkan separuh tiang bagi memperingati nasib mangsa
Jurucakap kerajaan memaklumkan, api telah memusnahkan kira-kira 43,000 hektar tanah setakat ini.
Kesemua mangsa yang terputus hubungan sejak Khamis lalu ditemui beberapa hari kemudian
Presiden Kassym-Jomart Tokayev dalam pada itu memecat Menteri Kecemasan pada hujung minggu lalu
Beliau turut menegaskan, insiden kebakaran itu berpunca daripada kecuaian.
Pada masa sama, usaha memadam kebakaran diteruskan dengan 15,000 anggota bomba bersama ratusan jentera.
Api dijangka dapat dikawal dalam tempoh beberapa hari lagi – REUTERS