comscore
Tumpuan :
Dunia

Kazakhstan adakan undian presiden mengejut

FOTO: Pustaka AFP

ALMATY : Kazakhstan mengadakan undian presiden mengejut yang dijangka untuk mengukuhkan lagi cengkaman kuasa penyandang Kassym-Jomart Tokayev.

Proses demokrasi itu diadakan beberapa bulan selepas pergolakan maut yang akhirnya mendorong kepada peralihan kuasa bersejarah di negara Asia Tengah itu.

Januari lalu, Kazakhstan terjebak pergolakan apabila rakyatnya melakukan tunjuk perasaan yang meragut 238 nyawa.

Protes berkenaan tercetus ekoran ketidakpuasan hati rakyat terhadap kos sara hidup yang tinggi.

Situasi di negara itu mulai stabil namun ketegangan masih berterusan dengan menyaksikan penahanan 7 penyokong dari pihak pembangkang atas cubaan rampasan kuasa.

Hari ini lebih 12 juta rakyat Kazakhstan dipanggil untuk membuang undi.

Loading...
Terkini