comscore
Tumpuan :
Dunia

Kazakhstan adakan referendum, bangunkan loji kuasa nuklear pertama

Foto fail Reuters

ASTANA: Kazakhstan hari ini mengadakan referendum untuk menentukan keputusan cadangan pembinaan loji kuasa nuklear pertama negara itu.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengusulkan projek itu sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada loji arang batu yang dianggap mencemarkan.

Bagaimanapun, usul berkenaan dilihat sebagai langkah tidak popular dalam kalangan masyarakat yang menyuarakan kebimbangan terhadap risiko keselamatan.

Ia berikutan negara itu mempunyai legasi buruk daripada ujian nuklear Soviet yang pernah dijalankan suatu ketika dahulu.

Menurut media tempatan, tapak cadangan pembinaan loji nuklear itu terletak berhampiran tasik Balkash di perkampungan Ulken.

Kazakhstan terkenal dengan rizab gas asli yang banyak, masih bergantung kepada loji kuasa arang batu untuk memenuhi keperluan elektrik.

Ini kerana kerajaannya memerlukan sumber tenaga yang stabil untuk menyokong pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui seperti kuasa solar dan angin.

Dalam lensa sejarah, Kazakhstan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, turut terlibat dengan Bencana Chernobyl, sebuah kemalangan nuklear pada April 1986.

Negara itu juga pernah menjadi tapak ratusan ujian senjata nuklear Soviet, menyebabkan banyak kawasan tidak boleh didiami dan mempengaruhi kesihatan penduduk setempat, sekali gus menjadikan rakyat negara itu lebih berhati-hati terhadap projek berkaitan nuklear.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini