LAUTAN ATLANTIK: Usaha mencari dan menyelamat kapal selam ekspedisi meninjau rangka kapal Titanic yang hilang di Lautan Atlantik dipergiatkan.
Artikel berkaitan : Ekspedisi ke bangkai Titanic : Kapal selam hilang, jutawan Britain antara mangsa
Ia digerakkan oleh Amerika Syarikat dan Kanada secara besar-besaran.
Kapal selam berkenaan yang dinamakan Titan, hilang sekitar 1,450 kilometer ke timur Cape Cod, Kanada di Lautan Atlantik.
Ia membawa lima individu iaitu seorang ahli perniagaan Britain Hamish Harding, ahli perniagaan warga Pakistan Shahzada Dawood bersama anaknya Sulaiman Dawood, penyelam
warga Perancis Paul-Henri Nargeolet dan pemandu kapal selam.
Titan berupaya menyelam pada kedalaman 4 ribu meter.
Berbeza dengan kapal selam biasa, kapal selam jenis ini memerlukan kapal induk untuk melancarkannya.
Titan mempunyai sokongan hayat 96 jam dan ekspedisi ke serpihan Titanic biasanya memakan masa 10 hingga 11 jam.
Ia berbeza dengan kapal selam yang boleh berada di bawah air selama berbulan-bulan.
Sehingga Titan dianggarkan mempunyai sekitar 60 jam oksigen, yang berpotensi memberi peluang operasi pencarian sehingga Jumaat untuk menyelamatkan kesemua lima penumpang.
Bagaimanapun menurut bekas kapten kapal penyelamat dan penyelamat tentera laut, Kapten Sean P. Tortora, sebarang usaha menyelamat di kedalaman itu adalah mustahil.