Tumpuan :
Dunia

Kapal persiaran terbakar, 3 pelancong Britain hilang

Foto: Reuters

LAUT MERAH: Sebuah kapal persiaran terbakar sekali gus mengakibatkan penumpang di dalamnya bertempiaran menyelamatkan diri di Laut Merah, Mesir.

Menurut pihak berkuasa tempatan, setakat ini, 12 penumpang kapal diselamatkan manakala tiga lagi pelancong asing warga Britain masih hilang.

Satu rakaman video oleh saksi kejadian memaparkan seorang penumpang bertindak terjun ke laut menyelamatkan dirinya ketika api sedang marak.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh pasukan pengawal pantai yang bersiap sedia menunggu penumpang itu berhampiran kapal terbabit.

Dalam pada itu, Pejabat Gabenor Laut Merah menerusi kenyataan berasingannya menjelaskan kebakaran berpunca daripada litar pintas pada kapal berkenaan yang diberi nama Hurricane. – REUTERS

Loading...
Terkini