KOCAELI: Sebuah kapal kontena merempuh bahagian tepi pelabuhan di Kocaeli, Turkiye.
Ia menyaksikan kren pengangkut kontena turut tumbang akibat pelanggaran itu.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV di pelabuhan terbabit memaparkan keadaan kapal yang dipercayai hilang kawalan sebelum berlaku rempuhan ketika menghampiri pelabuhan sehingga merosakkan sisi tepi kapal berkenaan.
Gabenor Kocaeli dalam satu kenyataan berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun tiada perincian lanjut berhubung punca sebenar insiden itu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.