JERMAN: Seorang terbunuh manakala empat lagi hilang apabila dua kapal kargo bertembung di Perairan Jerman.
Nahas berlaku pada jam 3 pagi waktu tempatan kira-kira 12 batu nautika dari Heligoland.
Ketika kejadian salah satu kapal membawa muatan 1,3 juta liter diesel dalam perjalanan dari Bremen menuju ke Immingham bersama tujuh krunya.
Manakala sebuah lagi kapal dengan 22 kru berlayar dari Hamburg menuju ke Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa tempatan, dua kru kapal berjaya diselamatkan setakat ini.
Empat kru yang hilang dipercayai masih hidup dan berada dalam kapal membawa muatan minyak yang tenggelam
Usaha mencari mangsa dijalankan tujuh penyelam dari pasukan penyelamat – REUTERS