GAZA: Hamas membebaskan 17 lagi tebusan termasuk seorang kanak-kanak perempuan Amerika Syarikat berusia empat tahun semalam.
Ia sebagai pertukaran ketika gencatan senjata sementara dengan Israel, yang akan tamat esok.
Menurut Hamas, pihaknya membebaskan 13 penduduk Israel, 3 warga Thailand dan seorang warga Rusia.
Ron Krivoy, dibebaskan sebagai akuan kepada usaha Presiden Russia, Vladimir Putin dan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.
Mereka yang dibebaskan adalah antara 240 orang yang ditahan pada 7 Oktober.
Jumaat lalu, Hamas membebaskan 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina, langkah mengejut yang berasingan daripada rundingan utama.
Israel menghadapi tekanan untuk melanjutkan gencatan senjata sementara di bawah perjanjian yang kendalikan oleh Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir.