![](https://media.buletintv3.my/2025/01/gaza-maut.jpg)
GAZA: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam bedilan pengganas rejim Israel di Gaza.
Mangsa yang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita.
Serangan disasarkan ke Sekolah Zainab al-Wazir yang menjadi tempat perlindungan penduduk.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan, pengganas rejim menyasarkan penduduk Palestin dan anggota perubatan sebanyak mana yang boleh dalam operasinya .
Israel dalam kenyataannya menuduh, lokasi berkenaan digunakan Hamas sebagai pusat operasinya.
Dalam pada itu empat pengganas Israel terbunuh manakala lima lagi maut dalam pertempuran di utara Gaza.
Insiden berlaku di Beit Hanoon selepas sebutir bom meletup berhampiran kenderaan dinaiki mereka. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.