Tumpuan :
Dunia

Kanak-kanak antara 6 maut ditembak di sekolah

FOTO: REUTERS

TENNESSEE: Enam orang maut termasuk tiga kanak-kanak selepas ditembak oleh penyerang di Sekolah Rendah Covenant, Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Menurut media tempatan, tiga lagi mangsa yang maut adalah kakitangan sekolah berkenaan.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Nashville, penyerang dikenal pasti sebagai Audrey Elizabeth Hale, 28 tahun, penduduk tempatan yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan.

Suspek dipercayai menceroboh masuk ke sekolah itu setelah menembak salah sebuah pintu cermin di bangunan utama.

Dia kemudiannya ditembak mati oleh pihak berkuasa di kawasan lobi tidak lama kemudian.

Setakat ini, motif serangan belum dikenal pasti.

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubungnya menerusi lakaran terperinci yang dipercayai ditinggalkan suspek di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Joe Biden sekali lagi menggesa Kongres A.S untuk meluluskan undang-undang reformasi pemilikan senjata yang lebih ketat susulan daripada kejadian terbabit.

Loading...
Terkini