comscore
Tumpuan :
Dunia

Kamala Harris bertindak segera, sekat pencalonan lain Demokrat

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mengorak langkah segera, dengan cuba menyekat pencalonan lain dalam kalangan Parti Demokrat bagi merebut kerusi presiden.

Tindakan pantas itu dilakukan sehari selepas Presiden Joe Biden, 81 tahun, mengundur diri bagi pemilihan semula Presiden AS, selepas berhadapan penentangan yang kian meningkat oleh partinya sendiri.

Harris, 59 tahun, dijadual berucap di White House pada 11:30 pagi waktu tempatan, hari ini (Isnin).

Pegawai kempen dan sekutu Harris mula membuat ratusan panggilan menggesa perwakilan hadir ke konvensyen Parti Demokratik bulan depan bagi mencalonkannya sebagai presiden dalam pilihan raya 5 November nanti bagi menentang calon Republikan Donald Trump.

Pengunduran Biden adalah kejutan terbaru kepada White House yang dalam 10 hari lalu telah menyaksikan bekas Presiden Trump hampir dibunuh oleh seorang penembak ketika kempen pilihan raya.

Trump kemudiannya mengesahkan Senator JD Vance sebagai pasangan calon naib presidennya.

Harris dalam satu kenyataan berkata, niatnya adalah untuk menang pencalonan ini, dan akan melakukan segala yang termampu untuk menyatukan Parti Demokrat — dan menyatukan negaranya, sekaligus mengalahkan Donald Trump.

Harris, yang berketurunan Afrika-Amerika dan Asia-Amerika, akan mewujudkan dinamik baru sepenuhnya dengan Trump, 78, yang menawarkan perbezaan generasi dan budaya yang ketara.

Menurut sumber, kempen Trump telah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan kebangkitannya untuk beberapa minggu akan datang.

Sumber itu mendedahkan, kempen Trump akan terus membangkitkan dasar Biden mengenai imigresen dan ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini