comscore
Tumpuan :
Dunia

Juventus didenda, disingkir daripada Liga Konferens Europa

Juventus disingkirkan daripada Liga Konferens Europa musim depan selepas UEFA mendapati mereka melanggar peraturan kewangan badan induk itu. – Foto : Reuters

PARIS: Kelab gergasi Itali, Juventus disingkir daripada Liga Konferens Europa musim depan kerana melanggar peraturan kewangan.

Kelab itu turut didenda 20 juta euro (RM100 juta), umum Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) awal pagi tadi.

“Juventus melanggar rangka kerja kawal selia UEFA… dan diputuskan untuk mengecualikan Juventus daripada pertandingan kelab UEFA bagi 2023-24,” menurut kenyataan UEFA.

Badan induk bola sepak Eropah itu berkata, tambahan denda 10 juta euro (RM50 juta) akan hanya dikenakan jika tahun kewangan 2023, 2024 dan 2025 tidak menepati keperluan perakaunan mereka.

Juventus dalam satu kenyataan berkata, mereka menerima keputusan itu dan tidak akan merayu penggantungan.

Fiorentina, yang menamatkan saingan di tangga kelapan Serie A musim lalu, berkemungkinan besar akan menggantikan Juventus dalam Liga Konferens Europa. – AGENSI

Loading...
Terkini