Tumpuan :
Dunia

Justin Timberlake mengaku bersalah, memandu dalam keadaan mabuk

FOTO: Reuters

NEW YORK: Penyanyi pop terkenal, Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

Hakim Sag Harbor Village, Carl Irace menjatuhkan hukuman termasuk 25 jam khidmat masyarakat, denda AS$500 dan penggantungan lesen memandu selama 90 hari.

Hukuman tersebut dipersetujui bersama oleh pasukan pembelaan Timberlake dan Pejabat Peguam Daerah Suffolk County.

Timberlake dibenarkan melaksanakan khidmat masyarakat melalui mana-mana organisasi bukan keuntungan pilihannya dan perlu diselesaikan dalam masa setahun.

“Saya berada dalam situasi di mana saya boleh membuat keputusan yang lebih baik, namun saya telah mengambil masa untuk merenung perkara itu.

“Apa yang saya ingin katakan kepada semua yang sedang menonton dan mendengar, walaupun anda hanya minum satu gelas, jangan memandu. Ada banyak alternatif – panggil kawan, guna Uber, ada banyak aplikasi perjalanan, ambil teksi. Ini adalah kesilapan yang saya buat,” ujarnya dalam satu sidang media.

Pada Jun lalu, Timberlake ditahan di Sag Harbor lewat malam, dengan memandu kenderaan dan gagal mematuhi papan tanda lalu lintas, dan laluan lorong.

Dia juga dilaporkan gagal dalam ujian kimia bagi mengesahkan dakwaan mabuk ketika memandu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini