Tumpuan :
Dunia

Juruterbang tersilap, pesawat mendarat di sungai beku

Pesawat Polar Airlines An-24 selamat mendarat di sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia.

MOSCOW: Sebuah pesawat membawa 30 penumpang mendarat di sungai beku berhampiran lapangan terbang di timur Russia gara-gara kesilapan juruterbang.

Menurut pendakwa raya, pesawat Polar Airlines An-24 itu selamat mendarat di sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia.

“Menurut maklumat awal mendapati, punca insiden penerbangan adalah kesilapan kru dalam memandu pesawat itu,” kata jurucakap pendakwa pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya juga mendedahkan gambar pesawat itu di sungai beku manakala akhbar Izvestia menyiarkan gambar penumpang turun.

“Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.

“Tiada kemalangan jiwa” kata Polar Airlines dalam satu kenyataan ringkas. – REUTERS

Loading...
Terkini