comscore
Tumpuan :
Dunia

Juruterbang New Zealand dibebaskan selepas lebih setahun diculik pemberontak

PAPUA: Juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens dibebaskan selepas lebih setahun diculik pemberontak di Papua, Indonesia.

Ia hari cukup bermakna buat Mehrtens yang bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan Indonesia.

Sepasukan polis dan tentera membawa pulang Mehrtens dari sebuah perkampungan di daerah Nduga.

Mangsa kemudian diberi rawatan perubatan, sebelum diterbangkan ke Timika.

Malang menimpa Mehrtens diculik oleh pemberontak di Lapangan Terbang Nduga pada 7 Februari tahun lalu.

Pembebasan Mehrtens dikecapi hasil usaha diplomatik dengan mengetepikan permintaan pemberontak untuk mengiktiraf kemerdekaan Papua. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini