
ISHIKAWA: Angka korban gempa bumi kuat Jepun pada 1 Januari lalu meningkatkan kepada 203 orang dengan lebih 100 lagi hilang.
Secara keseluruhan puluhan irbu penduduk masih berlindung di pusat perlindungan sementara
Kebanyakan rumah masih terputus bekalan asas dengan kira-kira 15,000 tiada bekalan elektirk dan hampir 60,000 tiada bekalan air
Dalam pada itu, Hospital Suzu di lokasi teruk terjejas mengalami kekurangan bekalan air dan makanan berkhasiat serta kakitangan perubatan.
Akibatnya, 70 pesakit terpaksa dipindahkan dengan helikopter dan ambulans ke hospital di bandar Kanazawa
Datuk Bandar Wajima dalam pada itu dipetik berkata, lebih 12,000 penduduknya masih berlindung di pusat perlindungan sementara.
Keadaan diburukan lagi dengan cuaca sejuk dan keadaan sanitasi yang tidak memuaskan
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dijangka melawat lokasi terjejas Sabtu ini. – NHK