Tumpuan :
Dunia

Jual barang kemas ibu 1.02 juta Yuan untuk beli subang bibir dan anting-anting 60 Yuan

Foto hiasan 

CHINA: Seorang remaja perempuan di Shanghai menjual barang kemas ibunya yang bernilai 1.02 juta Yuan (RM622,000) hanya dengan 60 Yuan (RM36) untuk membeli subang bibir dan anting-anting, lapor South China Morning Post.

Kejadian itu bermula apabila ibu remaja tersebut mendapati anak perempuannya telah mengambil gelang jed, rantai dan batu permata berharga dari rumah mereka dan menjualnya di pasar tempatan.

Remaja terbabit yang dipercayai sedang mengalami fasa “pemberontakan remaja,” menganggap barang kemas itu adalah palsu dan menjualnya di sebuah kedai.

“Saya tidak tahu mengapa dia mahu menjualnya. Dia berkata dia perlukan wang hari itu. Bila saya tanya berapa, dia jawab ‘60 Yuan.’ Saya tanya kenapa dan dia berkata, ‘Saya nampak seseorang memakai subang bibir dan saya fikir ia kelihatan menarik. Saya mahu satu juga,’” kata Wang kepada polis.

“Dia beritahu bahawa subang bibir itu berharga kira-kira 30 Yuan dan mereka akan memberikan sepasang anting-anting tambahan dengan harga 30 Yuan, jadi jumlahnya 60 Yuan.”

Sebaik sahaja menerima laporan, pihak polis segera melancarkan siasatan dengan meneliti rakaman kamera pengawasan dan berkoordinasi dengan pengurusan pasar itu.

Dalam tempoh beberapa jam, mereka berjaya mengesan barang kemas yang dicuri dan mengatur pemulangannya kepada ibu remaja berkenaan.

“Pemilik kedai tiada pada hari itu, jadi kami menghubungi mereka melalui telefon dan mengatur supaya mereka datang ke balai polis untuk koordinasi lanjut,” kata Pegawai Polis.

South China Morning Post / Indian Express

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini