comscore
Tumpuan :
Dunia

Jokowi mula tugas rasmi di Nusantara 28 Julai

Foto: Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota baharu republik itu, Nusantara, di Kalimantan, pada 28 Julai.

Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono membuat pengumuman itu pada Rabu.

Menurutnya, Presiden dijadual merasmikan sebuah lebuh raya pada 28 Julai dan pihaknya dalam proses membuat semua persiapan diperlukan agar presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu.

Basuki Hadimuljono, Menteri Kerja Raya dan Perumahan serta Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara, mengesahkan bekalan air minuman akan siap digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.

Ulasnya, pada masa ini, air minuman telah mengalir ke ibu kota baharu dan telah lulus ujian ketiga, yang akan segera diagihkan ke kawasan kediaman dan pejabat di Nusantara.

Selain itu, pihak berkuasa giat membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, yang bakal berlangsung serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini