comscore
Tumpuan :
Dunia

JN.1 varian mempunyai kepentingan (VOI) – WHO

FOTO: Reuters

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan strain coronavirus JN.1 sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), tetapi berkata ia tidak menimbulkan banyak ancaman kepada kesihatan awam.

Menurut WHO, strain JN.1 juga pantas merebak dan bukti menunjukkan ia membawa ancaman yang rendah kepada umum.

Vaksin sedia ada mampu melindungi dan mencegah kemudaratan penyakit dan kematian akibat daripada jangkitan JN.1 serta varian lain.

WHO pada masa sama menasihati orang ramai untuk mengambil inisiatif menghalang jangkitan dan ancaman penyakit menggunakan langkah sedia ada seperti memakai pelitup muka di tempat sesak atau kurang sistem pengudaraan serta menjaga jarak ketika berada di tempat awam. BERNAMA-XINHUA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini