comscore
Tumpuan :
Dunia

Jho Low pulangkan aset RM471 juta kepada Malaysia

WASHINGTON: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan memulangkan aset bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta) kepada kerajaan Malaysia.

Antara yang diserahkannya sebuah apartment mewah di Paris serta karya seni Claude Monet dan Andy Warhol.

Memetik laporan Bloomberg, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat(DOJ) mengumumkan perjanjian dengan Jho Low, ahli keluarganya dan entiti amanah itu untuk menyelesaikan dua kes rampasan sivil.

Lucuthak sivil telah diumumkan selepas Hakim Dale Fischer di Los Angeles meluluskan perjanjian persetujuan dengan Jho Low serta keluarganya, Isnin lalu.

Aset terbabit didakwa digelapkan daripada dana pelaburan One Malaysia Development Berhad(1MDB).

Aset yang dilucuthak itu adalah tambahan kepada hampir AS$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk kapal layar mewah bernilai AS$120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucuthak sebelum ini.

Jho Low masih menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York, berhubung 1MDB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini