Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Jet pejuang F-18 terhempas, juruterbang selamat

 

SEPANYOL: Sebuah jet pejuang F-18 terhempas di pangkalan udaran bandar Zaragoza namun juruterbangnya selamat apabila dia bertindak pantas terjun dari pesawat itu.

Visual yang dirakam orang awam menunjukkan juruterbang berkenaan berjaya keluar dari jet terbabit sebelum ia terhempas beberapa saat kemudian.

Menurut Kementerian Pertahanan Sepanyol, jet itu ditemui dalam keadaan terbakar.

Pangkalan udara yang dimiliki Tentera Udara dan Angkasa Sepanyol itu terletak hanya 16 kilometer dari luar bandar Barcelona.

Buat masa ini, juruterbang berkenaan yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki pulih dengan baik tetapi akan berada di bawah pengawasan hospital untuk beberapa hari akan datang.

Jet F-18 itu dilaporkan sedang menjalani eksesais untuk pameran penerbangan akan datang.

Pihak ketenteraan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas sementara laporan awal mendapati, pesawat itu mengalami kerosakan sewaktu sesi eksesais berkenaan.

 

Berita berkaitan
Loading...
Terkini