comscore
Tumpuan :
Dunia

Jerman derma 100,000 dos vaksin mpox kepada negara Afrika

FOTO: Reuters

BERLIN: Penularan cacar monyet (mpox) mencetuskan kebimbangan dengan usaha mengekang jangkitan itu dipergiat.

Terbaharu Jerman menderma 100,000 dos vaksin mpox daripada stok tenteranya kepada negara Afrika yang terjejas.

Jurucakap kerajaan, Steffen Hebestreit berkata kaedah penghantaran vaksin ke kawasan terjejas bagaimanapun belum dimuktamadkan.

Selain itu, Jerman bersama rakan kongsi Eropah akan menyokong Kesatuan Afrika dalam menubuhkan pengeluaran vaksin tempatan.

Jerman juga menyatakan kesediaan membawa kepakaran daripada institusi pakar negara itu melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO baru-baru ini mengisytiharkan tahap amaran tertinggi wabak mpox di Afrika serta varian baharu yang berpotensi lebih berbahaya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini