comscore
Tumpuan :
Dunia

Jerebu tebal selubungi Palembang, pelajar tidak dibenarkan ke sekolah

Jerebu tebal dengan kualiti udara yang tidak sihat di kawasan Palembang, Sumatera Selatan. – Foto REUTERS

SRIWIJAYA: Bandar Palembang, Indonesia hari ini seolah-olah hilang dari pandangan mata kasar ekoran asap jerebu tebal yang menyelubungi bandar itu sejak beberapa hari lalu, lapor CNN Indonesia hari ini.

Kota yang mempunyai populasi 1.8 juta itu dicemari jerebu tebal dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan.

Setakat ini, sejumlah 3.7 juta topeng muka diedarkan kepada penduduk bagi mencegah penularan jangkitan pernafasan.

Pengagihan dilakukan Ketua Biro Tata Usaha Sekretariat Kalimantan Selatan di empat kawasan lain yang turut terjejas antaranya Banjarmasin, Banjarbaru, Kabupaten Banjar dan Batola.

Susulan jerebu tebal, pihak berkuasa Palembang turut mengarahkan semua sekolah melakukan pembelajaran secara dalam talian bagi mengelakkan pelajar terdedah dengan asap jerebu.

Sesi pembelajaran secara dalam talian itu berkuat kuasa hari ini dan akan berlangsung sehingga pemberitahuan kelak.

Di Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan sebanyak 353 titik panas telah dikenal pasti di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera.

Negara jiran termasuk Singapura dan Malaysia turut terjejas dengan jerebu tebal mengakibatkan kualiti udara di kedua-dua negara merosot. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini