comscore
Tumpuan :
Dunia

Jepun rancang lancar kereta api laju tanpa pemandu

Kereta api berkelajuan tinggi di Japan Railway, Stesen Tokyo di Tokyo.-Foto: Reuters

TOKYO: Kereta api berkelajuan tinggi tanpa pemandu Shinkansen dijangka mengelilingi Jepun bermula pertengahan 2030.

Perkara itu dinyatakan pengendali rel utama di negara itu.

Kereta Api Jepun Timur (JR East) berkata, pihaknya akan mula memperkenalkan kereta api tanpa pemandu, selepas banyak tugas diautomasi melibatkan beberapa bahagian mulai 2028.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan, pemandu kekal dalam gerabak.

Syarikat itu berharap boleh memacu sepenuhnya kereta api tanpa pemandu pada 2029 untuk diuji, sebelum melancarkannya antara Tokyo dan Niigata, untuk laluan Joetsu Shinkansen pada pertengahan 2030.

“Bagi merealisasikan kereta api berkelajuan tinggi tanpa pemandu serta mengubah pengurusan kereta api menjadi sistem yang cekap dan mampan, kami akan menyesuaikan dengan perubahan persekitaran sosial seperti penurunan populasi dan pembaharuan dalam cara pekerja bekerja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Jurucakapnya berkata, sebab utama di sebalik rancangan itu adalah perlunya untuk sentiasa berinovasi dalam teknologi kereta api, seterusnya boleh membantu menangani kekurangan buruh dan isu-isu lain.

Kelajuan maksimum Shinkansen di laluan Joetsu ialah 275 kilometer sejam, manakala di laluan lain, ia boleh beroperasi pada kelajuan 300 kilometer sejam atau lebih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini