comscore
Tumpuan :
Dunia

Jepun keluar amaran strok haba di 39 wilayah

TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran strok haba di 39 wilayahnya setelah peningkatan suhu berterusan direkodkan di negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, purata bacaan suhu terbaharu di seluruh negara direkodkan melebih 37°C.

Hachoji dan Gunma masing-masing mencatatkan bacaan suhu tertinggi di Jepun dengan 37.6°C dan 38.2°C.

Orang awam di Tokyo turut dilihat membawa beberapa peralatan bagi menyejukkan badan masing-masing antaranya kipas tangan.

Dalam pada itu, agensi sama turut meramalkan bacaan suhu dijangka menurun sedikit demi sedikit mulai hujung minggu ini.

SUMBER REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini