comscore
Tumpuan :
Dunia

Jejambat runtuh di Bangkok, sekurang-kurangnya dua maut, 10 cedera

Foto: Bangkok Community Help Foundation / Twitter

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 10 lagi cedera selepas bahagian sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan runtuh di daerah Lat Krabang di Bangkok.

Dalam kejadian jam  6 petang semalam waktu tempatan, bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan itu runtuh ke atas jalan di bawahnya.

Segmen itu, merupakan sebahagian daripada projek jalan bertingkat On Nut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer.

Foto: Thai News Reports / Twitter

Kejadian berlaku ketika segmen terbabit diangkat oleh kren sebelum ia terbalik menyebabkan struktur konkrit dan keluli itu jatuh ke atas kenderaan dan bangunan komersial.

Bekalan elektrik di kawasan itu terputus dan hanya disambung semula pada tengah malam.

Pegawai pejabat daerah Krabang Chatchaya Kamjan berkata mangsa pertama terbunuh di tempat kejadian.

Foto: Thai News Reports / Twitter

Manakala mangsa kedua ditemui pasukan mencari dan menyelamat .

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Siasatan awal menunjukkan kren itu mungkin mengalami tekanan berlebihan atau terdapat kerosakan pada alat pengangkat.

Foto dan video kejadian turut tular di media sosial menunjukkan segmen yang runtuh dan kenderaan remuk di bawahnya. – BERNAMA

Loading...
Terkini