comscore
Tumpuan :
Dunia

Jeffrey Epstein ugut dedah hubungan sulit Bill Gates dengan wanita Rusia

FOTO: SPLASH NEWS, GETTY IMAGES

AMERIKA SYARIKAT : Jeffrey Epstein mendedahkan bilionaire teknologi dan pengasas Microsoft, Bill Gates mempunyai hubungan sulit dengan pemain daun terup warga Rusia.

Wall Street Journal melaporkan Gates menaja pendidikan wanita itu dan Epstein mengambil kesempatan dengan memeras ugut Gates sebagai ganjaran untuk menyimpan rahsianya.

Gates bertemu dengan Mila Antonova sekitar 2010 sewaktu dia berusia lingkungan 50-an dan Mila ketika itu berusia 20-an.

Epstein kemudian dilapor bertemu dengan Mila 3 tahun kemudian dan dia turut menaja pendidikan wanita itu untuk menghadiri institusi pengkomputeran, sebelum dia menghubungi Gates pada 2017 dan bertanyakan tentang kos pendidikan Mila.

Hubungan Gates dan Epstein akhirnya menjadi antara faktor utama kepada retaknya perkahwinan Gates dan Melinda yang berusia 27 tahun, tambahan lagi dengan reputasi Epstein sebagai pesalah seksual kanak-kanak.

Loading...
Terkini