comscore
Tumpuan :
Dunia

Jaringan kereta api China-Laos tingkatkan kerjasama dua hala

FOTO: CGTN

VIENTIANE: Rata-rata penumpang, pegawai kerajaan dan pakar memuji jaringan kereta api China-Laos yang disambungkan sepenuhnya sebagai projek mega, yang berpotensi besar mempromosikan pelancongan rentas sempadan selain memberi manfaat kepada seluruh Asia Tenggara.

Jaringan kereta api yang menghubungkan China dan Laos itu kini telah mencapai pengoperasian penuh, susulan pelancaran perkhidmatan penumpang rentas sempadan yang bermula Khamis ini.

Ini bermakna orang ramai boleh melakukan perjalanan antara kedua-dua negara dengan kereta api itu secara langsung tanpa perlu melakukan transit.

Jaringan kereta api sepanjang 1,000 kilometer itu mula beroperasi pada Disember 2021, dan hanya menawarkan perkhidmatan penumpang domestik kerana pandemik Covid-19.

Terdapat lapan stesen di sepanjang laluan, termasuk beberapa destinasi pelancongan popular, seperti Wilayah Autonomi Xi-shuang-banna Dai di Wilayah Yunnan, barat daya China, dan Luang Prabang di Laos.

Penumpang yang mendapat tiket perjalanan kereta api pertama yang menuju ke Vientiane, Laos berkata, ia adalah pengalaman yang menarik dan mengujakan.

Sementara itu, permintaan untuk pengangkutan kargo juga telah dilaporkan meningkat.

Data rasmi menunjukkan, lebih daripada 18 juta tan barangan telah diangkut menggunakan kereta api kargo termasuk kira-kira 3.6 juta tan melibatkan perjalanan rentas sempadan.

Kerajaan Laos menaruh harapan tinggi terhadap perkembangan masa depan perkhidmatan kereta api itu dan dijangka ia akan dapat menarik lebih ramai pelabur China. – REUTERS

Loading...
Terkini