comscore
Tumpuan :
Dunia

James Cleverly orang pertama isytihar pencalonan ganti Sunak sebagai ketua Parti Konservatif

FOTO: Reuters

LONDON: James Cleverly menjadi orang pertama mengisytihar pencalonannya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak sebagai ketua Parti Konservatif.

Dalam ucapannya pada Selasa, Cleverly berkata beliau mampu menyatukan Parti Konservatif dan mengalahkan Keir Starmer.

Dalam hantaran di media sosial, Cleverly menyuarakan hasrat untuk mengembalikan keyakinan rakyat Britain terhadap Konservatif sebagai sebuah parti dan membangunkan semula reputasi parti itu.

Sebagai pembangkang, Cleverly menekankan keperluan untuk bersatu dan berdisiplin dalam memantau Parti Buruh dan janji-janji mereka.

Sementara itu, bekas Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman dijangka melancarkan usaha untuk mencalonkan diri sebagai ketua parti.

Braverman menyatakan dalam satu program radio “politik identiti menjadi tidak terkawal” di bawah Sunak dan bahawa parti itu perlu tegas dalam isu imigresen, cukai, keselamatan dan nilai-nilai nasional.

Calon-calon lain yang berpotensi termasuk Kemi Badenoch, Mel Stride, Dame Priti Patel, Tom Tugendhat dan Robert Jenrick.

Pemimpin baharu akan dipilih pada 2 November menerusi undian dalam talian dan keputusan akan diumumkan pada hari sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini