Tumpuan :
Dunia

Jambatan runtuh di Peru, 2 maut

FOTO: Reuters

PERU: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah bas terjatuh dari jambatan yang runtuh di utara Peru, berhampiran megaport Chancay yang baru dibuka, menurut pihak berkuasa pada hari Jumaat.

Kemalangan itu berlaku sekitar tengah malam apabila jambatan yang menjadi laluan kenderaan dari utara ke selatan itu runtuh.

Menurut Menteri Pengangkutan dan Komunikasi, Raul Perez, masih belum dapat dipastikan sama ada tragedi itu disebabkan oleh arus sungai yang deras yang merosakkan infrastruktur atau penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Minggu lalu menyaksikan hujan luar biasa di pelbagai wilayah di Peru, termasuk Lima dan Huaral. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini