comscore
Tumpuan :
Dunia

Jambatan gantung runtuh kali kedua, seorang hilang

FOTO: Reuters

BIHAR: Jambatan gantung yang sedang dibina di Sungai Gangga, Bihar, India, runtuh buat kali kedua dalam tempoh 14 bulan.

Seorang dilaporkan hilang.

Ketika kejadian, lapan lelaki berada di atas jambatan itu.

Rakaman video menunjukkan sebahagian jambatan tenggelam dalam air dengan hanya beberapa tiang dan kabel kelihatan.

Pembinaan dijadualkan siap pada tahun 2019 tetapi berdepan kelewatan selepas runtuh kali pertama pada 30 April tahun lalu.

Runtuhan jambatan dipercayai berpunca akibat angin kencang dan hujan.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah jambatan gantung era kolonial runtuh di bandar Morbi di barat Gujarat, mengorbankan 135 nyawa.

Loading...
Terkini