Tumpuan :
Dunia

Gempa 6.1 Magnitud Landa Kepulauan Mentawai

 

FOTO: REUTERS

JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud melanda Kepulauan Mentawai di luar pantai barat pulau Sumatera, Indonesia hari ini.

Susulan gempa itu menyebabkan penduduk yang panik bergegas keluar dari kediaman mereka.

Difahamkan gempa bumi itu tidak menyebabkan bahaya Tsunami.

Lapor Agensi Geofizik Indonesia, gempa itu dikesan pada kedalaman 27 kilometer dan diikuti satu lagi gempa dengan magnitud 5.3 di kawasan sama.

Juga pada hari ini, gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud telah melanda wilayah New Guinea Timur di Papua New Guinea.

Gempa dilapor telah merosakkan harta benda dan menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk.

Indonesia yang terletak di dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’, sering dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Loading...
Terkini