comscore
Tumpuan :
Dunia

Isu kemasukan pelajar sekolah perubatan: Korea Selatan pertimbang semula cadangan

FOTO: Reuters

SEOUL: Korea Selatan bakal menyemak semula cadangan meningkatkan kemasukan pelajar ke sekolah perubatan susulan protes di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Pejabat Presiden Korea Selatan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, kerajaan sedia mempertimbang sebarang cadangan sekiranya komuniti doktor dan petugas perubatan mampu mengemukakan idea munasabah.

Namun, kerajaan tetap bertegas tidak akan membatalkan rancangan asal untuk menambah kemasukan pelajar perubatan.

Ribuan doktor pelatih, termasuk pelatih dalaman dan residen, berhenti kerja pada Februari lalu sebagai protes terhadap rancangan penambahan 2,000 pelajar perubatan setiap tahun bermula tahun depan.

SUMBER REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini