Tumpuan :
Dunia

Istanbul haramkan shisha

ISTANBUL: Pihak berkuasa Istanbul menguatkuasa larangan menghisap shisha di tempat awam sehingga tempoh diberitahu kelak.

Gabenor Istanbul, Davut Gul dalam kenyataan bertulis memaklumkan, larangan itu dikeluarkan untuk mengurangkan risiko kebakaran hutan dan potensi bahaya lain.

Menurutnya, larangan menghisap shisha akan dikuatkuasa di pelbagai lokasi, termasuk pantai, hutan, kawasan rekreasi dan taman di seluruh Istanbul.

Davut Gul dalam ciapan di Twitternya bagaimanapun berkata, lounge shisha berlesen yang beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan tidak terjejas hasil larangan ini.

Ujarnya, menghisap hookah sangat popular terutama di kalangan anak muda dan warga asing di Istanbul.

Loading...
Terkini