comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel umum rampas tanah ibu pejabat UNRWA Baitulmaqdis

FOTO: Reuters

BAITULMAQDIS: Rejim Israel mengumumkan merampas tanah ibu pejabat utama Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di bahagian Timur kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur yang diduduki untuk membina 1,440 unit perumahan.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), keputusan itu berikutan kelulusan draf rang undang-undang oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Knesset Israel yang bertujuan memutuskan hubungan antara Israel dan UNRWA.

Rang undang-undang itu yang dijangka dibacakan buat kali kedua dan ketiga minggu hadapan, sebahagian daripada siri rang undang-undang yang dicadangkan oleh beberapa ahli Knesset untuk menyekat aktiviti agensi berkenaan.

Menurut rang undang-undang itu, perjanjian 1967 membenarkan UNRWA beroperasi di Israel akan dibatalkan, dan dengan itu aktiviti agensi berkenaan akan dihentikan serta sebarang hubungan antara pegawai Israel dan kakitangannya akan dilarang.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan visa diplomatik tidak akan diberi kepada kakitangan UNRWA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini