Tumpuan :
Dunia

Israel tingkat serangan ke atas gedung senjata Syria

Foto: REUTERS

TEL AVIV: Israel meningkatkan serangan udara ke atas gedung senjata canggih Syria.

Seorang pegawai kanan Israel berkata, serangan udara akan berterusan dalam beberapa hari akan datang.

Menteri Pertahanan Israel, Katz berkata, tentera akan memusnahkan senjata strategik berat di seluruh Syria termasuk peluru berpandu permukaan ke udara, sistem pertahanan udara, peluru berpandu jelajah serta roket jarak jauh.

Sementara itu, Menteri Luar Gideon Saar berkata, Israel tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Syria, sebaliknya hanya untuk mempertahankan rakyatnya.

Pada Ahad, tentera berkata, mereka menghantar pasukan darat ke zon demilitarisasi penampan seluas 400 kilometer yang diwujudkan dalam Perjanjian Pemisahan Pasukan 1974 dan diawasi Pasukan Pemerhati Penghapusan PBB (UNDOF) .

Tentera pada Isnin menyiarkan gambar komando Israel di kawasan Gunung Hermon Syria.

Saar berkata, kehadiran tentera adalah terhad.

“Ia pada asasnya berhampiran sempadan kita, kadang-kadang beberapa ratus meter, kadang-kadang satu batu atau dua batu,” katanya.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, mereka mengambil semua tindakan yang perlu untuk cuba memastikan keselamatan Israel selepas kejatuhan kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Tentera Israel membersihkan periuk api dan mewujudkan halangan baharu di sempadan antara Bukit Golan yang diduduki Israel dan kawasan bersempadan dengan Syria pada Oktober. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini