FIUGGI: Israel tidak mempunyai sebab untuk menolak cadangan gencatan senjata dengan Lubnan yang diperantara oleh Perancis dan Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu disuarakan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, susulan Israel dilihat masih mempertimbangkan untuk menerima cadangan gencatan senjata dalam perang mereka dengan Hizbullah selepas permusuhan berpanjangan meletus menjadi perang pada akhir September.
Ujar Borrell, cadangan gencatan senjata ini memberikan Israel semua komitmen keselamatan seperti yang tuntut.
Menurutnya, dia mendengar suara menteri pelampau kerajaan Israel yang bersedia meneruskan peperangan dan pengeboman.
Borell menegaskan perkara itu pada Mesyuarat Menteri Luar G7, di Rom.
Itali, yang memegang jawatan presiden bergilir Kumpulan G7 dan menjadi tuan rumah pertemuan menteri luar, menyatakan optimis mengenai gencatan senjata.
Perang di Lubnan bermula selepas hampir setahun pertukaran tembakan silang sempadan yang dimulakan oleh Hizbullah dan sebagai tanda menyokong Hamas selepas serangan kumpulan Palestin terhadap Israel pada 7 Oktober 2023, yang diikuti dengan perang di Gaza.
Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 3,768 kematian sejak Oktober 2023.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.