GAZA: Pesawat tempur Israel melancarkan siri serangan udara intensif ke atas Gaza dan utara kawasan itu hari ini, hanya beberapa hari sebelum gencatan senjata dijadualkan berkuat kuasa pada Ahad.
Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terkorban manakala beberapa lagi cedera dalam serangan terbabit.
Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza.
Menurut Reuters yang memetik saksi, serangan udara itu menyasarkan beberapa kawasan di Gaza, walaupun lokasi sebenar sasaran masih tidak jelas.
Serangan udara intensif turut disasarkan ke atas Deir al Balah di Semenanjung Gaza menyebabkan puluhan individu termasuk kanak-kanak cedera.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.