comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel tambah terma dan syarat, elak gencatan senjata – Hamas

GAZA: Rejim Israel terus menerus menghalang dan cuba mengelak gencatan senjata di Gaza sekali gus menjadi punca kegagalan pelaksanaannya.

Itu reaksi terbaharu Hamas berhubung rundingan selama dua hari yang berakhir di Doha semalam membabitkan negara-negara pengantara iaitu Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar.

Menurut Hamas mereka hanya berminat dalam rangka kerja yang digariskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada penghujung Mei lalu.

Israel kata mereka, terus menerus menambah terma dan syarat yang tidak boleh dikompromi oleh Hamas.

Kumpulan itu juga tidak akan bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata sehingga Israel menamatkan perang dan berundur dari bumi Gaza.

Terdahulu, rundingan gencatan senjata di Doha itu dilaporkan berakhir dengan beberapa kemajuan.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, jurang yang masih ada antara Israel dan Hamas akan ditutup selain cadangan dikemukan selaras dengan prinsip pelan damai Biden.

Dalam perkembangan sama, Biden dijadualkan bertemu Pemimpin Rejim, Benjamin Netanyahu Isnin ini.

Biden dijangka akan memberikan tekanan kepada Netanyahu dalam perjumpaan kali ke-10 kedua-dua pemimpin itu sejak perang tercetus 7 Oktober lalu – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini