comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel tak puas hati, dakwa PBB berat sebelah

FOTO: Reuters

NEW YORK: Israel menganggap siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berat sebelah, selepas rejim itu didapati melakukan jenayah kemanusiaan di Gaza.

Laporan dikeluarkan itu adalah berdasar siasatan mendalam pertama ke atas perang di Gaza oleh pakar PBB.

Siasatan turut mendapati, kumpulan bersenjata Israel dan Palestin masing-masing melakukan jenayah perang.

Menurut laporan berkenaan, Suruhanjaya Siasatan Bebas PBB mendapati Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.

FOTO: Reuters

Serangan dilancarkan juga adalah secara meluas atau sistematik terhadap penduduk awam di Gaza.

Susulan itu, Kementerian Luar Israel yang tidak berpuas hati mendakwa, suruhanjaya berkenaan berat sebelah dan dicemari oleh agenda anti-Israel.

Bidasnya, laporan terbabit penuh dengan tuduhan palsu dan fitnah terhadap rejim IDF (tentera Israel).

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, tindak balas tentera Israel di Gaza sehingga kini telah mengorbankan lebih 37,000 nyawa orang awam.

Namun hanya 1,194 rakyat Israel terbunuh, rata-ratanya kelompok tentera yang berperang dengan pejuang Hamas, bukannya orang awam seperti dicanangkan Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini