Tumpuan :
Dunia

Israel tahan penduduk Palestin di Baitulaham dan Tulkarem

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Pengganas Israel menahan enam penduduk Palestin, termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dalam serbuan di seluruh wilayah Baitulaham di Tebing Barat, menurut Wafa.

Mereka juga menahan 14 individu lain di bandar Tuqu, tenggara Baitulaham, selama beberapa jam, kata sumber keselamatan kepada agensi berita tersebut.

Di utara, pengganas Israel turut menahan beberapa penduduk Palestin dalam serbuan di Tulkarem, termasuk individu yang hilang tempat tinggal di kem pelarian Nur Shams, tambah agensi itu. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini